Khamis, 6 Mei 2010

Punca-punca deforestasi

Deforestasi yang semakin berleluasa membimbangkan pelbagai pihak .Selain itu ,deforestasi mendatangkan pelbagai tragedy yang diseabkan bencana alam .Antara punca-punca yang mendorong kepada deforestasi ialah pembalakan hutan secara haram .Penerokaan hutan-hutan dara ,penebangan pokok akasia dan pokok meranti ,terutama penebangan pokok hutan bakau untuk dijadikan kayu api ,arang ,sumber tannin dan bahan binaan .

Seterusnya ialah penerokaan tanah daripada hutan .Projek penerokaan tanah daripada hutan dilaksanakan apabila projek perladangan dperkembangkan.Pembakaran hutan juga merupakan penyebab utama deforestasi.Dalam proses pembakaran hutan,karbon dioksida dilepaskan dan mencemarkan udara alam sekeliling .Pembakaran hutan mengakibatkan 80 % hutan tersebut dalam deforestasi selama-lamanya ,tanah tersebut hanya boleh digunakan untuk pertanian atau pembinaan manakala 20 % hutan tersebut boleh tumbuh semula.

Selain itu ,pembukaan tanah baru juga menyumbang keoada deforestasi .Pembangunan kawasan baru dijalankan untuk pertanian dan perlombongan telah mengakibatkan deforestasi .Pembangunan kawasan baru juga dilaksanakan untuk pertumbuhan industri dan pembandaran kepesatan pembangunan tanpa perancangan strategic akan menyebabkan deforestasi bertambah serius lagi .

Kemusnahan semula jadi juga merupakan penyumbang deforestasi .Contohnya ,ribut taufan memusnahkan hutan bakau .Keuntungan peribadi dan kurangnya penegakan hukum juga mendorong kepada deforestasi .

2 ulasan:

  1. yep that's deforestation

    BalasPadam
  2. Deforestation is generally the mass logging of trees and other plan life through human interference that could result in grave consequences including possible extinction of rare species of trees and forest creatures. This is done due to the lack of city space and high city density that encourages expansion and more use of wood. The problem can be solved by limiting deforestation through a definite cooperative effort by the logging institutions and less use of wood by substituting a synthetic material for use.

    BalasPadam