Khamis, 6 Mei 2010

pUncA dEfoResTaSi

Punca utama deforestasi ialah aktiviti-aktiviti manusia yang mementingkan diri sendiri. Antara aktiviti-aktiviti yang mendorong deforestasi ialah pembalakan haram. Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan diantara 1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Pembalakan haram yang tidak terkawal telah memusnahkan kawasan hutan. Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Ada yang membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara.

Pembukaan kawasan baru seperti pembukaan tanah-tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan kawasan hutan. Pembukaan kawasan untuk kegunaan pertanian, perlombongan, perindustrian, dan sebagainya yang tanpa perancangan strategik akan menyebabkan masalah deforestasi bertambah serious.

Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera juga telah menyebabkan deforestasi. Pembakaran hutan bukan sahaja mendorong kemusnahan hutan, tetapi memusnahkan flora dan fauna serta menyebabkan berlakunya pencemaran.

Selain daripada aktiviti-aktiviti manusia, semula jadi seperti cuaca, iklim, dan pencemaran juga merupakan punca deforestasi. Sebagai contoh, cuaca yang panas mudah menyebabkan pembakaran hutan kerana suhu bumi yang tinggi. Hutan acid yang disebabkan oleh pencemaran akan memusnahkan tumbuh-tumbuhan hutan dan menyebabkan berlakunya deforestasi jika keadaan ini berlaku berterusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan