Khamis, 6 Mei 2010

Langkah-langkah Individu Mengatasi Masalah Deforestasi

Keluasan hutan pada masa kini telah menjadi semakin berkurangan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kegiatan deforestasi bagi menjalankan pembinaan rumah, sekolah dan kilang. Namun, kegiatan deforestasi telah membawa kesan buruk seperti binatang-binatang kehilangan habitat mereka dan mungkin mengalami kepupusan. Oleh itu, sebagai individu yang menyayangi dan menghargai alam sekitar, kita perlu berusaha menangani masalah tersebut.

Salah satu langkah yang boleh kita lakukan ialah jangan membazir kertas sewenang-wenangnya. Kita patut menghargai kertas dengan menggunakan kedua-dua muka surat kertas itu. Selain itu, kita patut menanam lebih banyak pokok bunga di sekeliling kawasan rumah ataupun sekolah. Langkah ini dapat mengelakkan kita daripada kehilangan sumber hutan atau lain-lain lagi.

Di samping itu, kita dapat membuat kad-kad yang kecil dan cantik dengan menulis slogan-slogan seperti "Menanam Lebih Banyak Pokok", "Jangan Membazir Kertas", "Berhenti Menerbang Pokok" dan sebagainya. Dengan cara ini, tumpuan dalam kalangan masyarakat terhadap masalah deforestasi dapat ditingkatkan.

Tambahan pula, kita boleh membuat nota-nota yang berkaitan deforestasi dan memaparkannya pada papan kenyataan di sekolah untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan-kesan akibat deforestasi yang tidak terancang.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita sepatutnya berusaha mengatasi masalah deforestasi dengan melaksanakan pelbagai langkah-langkah yang berkesan. "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh", semua rakyat perlulah bekerjasama menangani masalah deforestasi untuk menjamin kehidupan masa depan kita masih dapat menikmati kawasan hutan yang berkeadaan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan