Khamis, 6 Mei 2010

Pengenalan - Deforestasi

Deforestasi merupakan suatu kondisi saat tingkat luas area hutan yang menunjukkan penurunan secara kualiti dan kuantiti.

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam semulajadinya.Hutan adalah salah satu daripada sumber alamnya.Ia dikenali sebagai Hutan Hujan Tropika.Hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia adalah hutan yang tertua di dunia yang mana ia hanya boleh ditemui di kawasan Khatulistiwa.

Malaysia beruntung kerana mempunyai kawasan-kawasan hutan asli.Sebagaimana yang diketahui hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia mempunyai ekosistem yang kompleks.Ia sangat penting kepada kehidupan flora dan faunanya yang pelbagai jenis.Hutan bukan sahaja menyediakan berbagai keperluan asas kepada kehidupan flora dan fauna yang wujud di dalamnya, bahkan ia turut menyediakan pelbagai keperluan kepada kehidupan manusia.

Berdasarkan kepada penemuan fakta dan bukti-bukti botani, manusia telah bergantung hidup pada hutan sejak zaman purba lagi.Di peringkat itu, manusia hidup di dalam hutan dan menjadikan hutan sebagai sumber makanan untuk meneruskan penghidupan mereka.Manusia hidup sebagai pemburu, memburu binatang dan mengumpul makanan daripada tumbuhan serta menjadikan gua-gua batu kapur sebagai tempat kediaman.Jelas di sini, hutan sangat berguna dan berperanan dalam kehidupan manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan