Khamis, 6 Mei 2010

Langkah-langkah organisasi bukan kerajaan (NGO) mengatasi deforestasi


World Wide Fund / Tabungan Sedunia (WWF) di sabah
WWF Malaysia telah memeulakan kerja-kerja pemuliharaan di Sabah sebaik saja ianya ditubuhkan pada tahun 1972. Seperti dimana-nama kawasan Malaysia Kerja-kerja awal yang dijalankan oleh Organisasi ini adalah pemeliharaan spesis-spesis binatang dan pemuliharaan habitat alam semulajadinya. Projek pertama yang dijalankan oleh WWF di Sabah adalah Projek Marin yang pertama kali dilaksanakan di seluruh Malaysia. Projek ini melibatkan penyelidikan terumbu karang. WWF telah membantu Taman-taman Negara (yang sekarang dikenali sebagai Taman-Taman Sabah)untuk membuat kajian di Pulau Gaya yang berhampiran dengan Bandar Kota Kinabalu. Pada masa sekarang pulau ini merupakan sebahagian daripada Taman Tunku Abdul Rahman yang telah ditubuhkan pad tahun 1974.
In telah membawa kepada beberapa projek kajian dan ekspedisi yang telah diusahakan bersama oleh kedua-dua organisasi di kawasan seperti Semenanjung Klias, Lembah Danum, pulau Balambangan dan Kepulauan Semporna. Pada tahun 1979, WWF Malaysia telah memberi bantuan kepada Cawangan Mergastua di Jabatan Perhutanan dalam mengendalikan kajian faunal Sabah selama dua tahun untuk mengumpul maklumat yang diperlukan bagi perlaksanaan rancangan pemuliharaan hidupan liar di negeri ini. Ia kemudianya disusuli dengan projek kajian mengenai spesis buaya, badak sumbu, Orang Utan dan burung-burung air yang terdapat di Sabah. Tinjauan keatas spesis Orang Utan misalnya melibatkan proses penganggaran populasi dengan cara menghitung sarang-sarang spesis ini daripada udara.
Projek-projek ini bukan sahaja untuk memyelidiki biologi haiwan-haiwan ini tetapi juga untuk mengenalpasti ancaman-ancaman yang dihadapi oleh mereka agar langkah-langkah pencengahan dapat diambil. Melalui pelbagai kajian yang dibuat dengan usahasama Cawangan Mergastua, beberapa kawasan lindungan telah dikenalpasti sebagai kawasan utama hidupan liar di Sabah. Kawasan-kawasan tersebut ialah Kawasan lindungan Tabin, Kulamba dan Kinabatangan. Sebagai tambahan, cadangan-cadangan juga telah dibuat agar Negeri ini dapat memanafaatkan usaha-usaha pemuliharaan dari segi pelancungan dan pendidikan.
Pada masa ini selain daripada pemuliharaan habitat dan spesis, keutamaan diberikan kepada kajian untuk mencari jalan bagi menggunakan sumber-sumber alam semulajadi yang lebih berkekalan. Misalnya kajian dan pengambilan buah-buahan sitrus liar dan yang ditanam di Sabah pada tahun 1985 telah membantu dalam mendemonstrasikan nilai hasil-hasil bukan balak yang boleh didapati dari dalam hutan.
Pihak WWF dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan masih meneruskan usaha dalam mengenalpasti kawasan lindungan dan membuat rumusan rancangan pengurusan untuk mereka. Kajian-kajian tambahan telah dijalankan di Kulamba dan Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin. Sebagai contohnya, kajian dari udara dibantu oleh penerbangan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) menilai kesan daripada kebakaran di Kawasan Simpanan Hidupan Liar.
Pada tahun 1988, Yayasan Sabah telah berkerjasama dengan WWF Malaysia untuk mengatur satu kajian ekspedisi saintifik di kawasan yang belum pernah diterokai, yang mana terletak ditengah-tengah Negeri Sabah. Pihak TUDM telah menerbangkan lebih daripada 40 ahli saintis dan beberapa kakitangan yang lain ke kwasan-kawasan yang jauh terpencil dengan helikopter. Bermula dari sekitar tahun 1980, usaha untuk memperdalamkan kajian bagi perkembangan kawasan pemuliharaan di Sabah yang lebih menitikberatkan aspek rancangan pengunaan tanah dan pembangunan polisi pengurusan.

Strategik Pemuliharaan Sabah
Pada tahun 1990, Kementerian Pelancungan dan Pembangunan Alam Sekitar di Sabah telah menugaskan WWF Malaysia untuk menyediakan Strategik Pemuliharaan Sabah. Dokumen ini kemudiannya telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan telah diterima secara prinsip pada tahun 1992.
Memfokus kepada penggunaan tanah secara wajar sebagai kunci asas kepada pemuliharaan dan pembangunan di Negeri Sabah pada sekitar tahun 1990an strategik ini menyeru agar ditubuhkan pelbagai kawasan perlindungan juga memperbaiki pengurusan sumber-sumber berdasarkan kepada kawasan-kawasan.
Pengarah Projek WWF Malaysia (Sabah) Dr. Junaidi Payne berkata " Pemuliharaan dan Pembangunan adalah saling bergantung antara satu dengan lain". " Untuk menyokong keperluan janka panjang semua sektor di Negeri ini, Strategik Pemuliharaan untuk negeri Sabah perlu berlandaskan kepada peruntukkan yang teliti daripada kedua-dua sumber utama alam semulajadi; iaitu tanah dan hutan.
Justeru itu strategik ini mencadangkan beberapa peraturan dan tindakan perlu diadakan dalam aspek-aspek penggunan tanah, hasil-hasil tanah, pengurusan pelbagai cara, kawasan tadahan air, komuniti hutan, pengeluaran balak, kerosakan hutan, pembalakan haram, penanaman semula hutan, ekologi kepelbagaian, melombong, polar pelancungan, permohonan tanah, Taksiran Kesan Alam Pesekitaran, pembangunan pantai dan lain-lain, sebagai contohya strategik ini menjalankan persediaan membuat beberapa siri peta untuk membantu rancangan penggunan tanah tanpa mengganggu habitat semulajadinya. Kawasan- kawasan habitat semulajadi yang sensitif kepada perubahan perlulah dikenalpasti dan dijadikan sebagai kawasan perlindungan / simpanan.
"Seara lansung dan tidak lansung pihak kami masih meneruskan khidmat bantuan kepada Kerajaan Negeri dan agensi-agensi dalam mengenalpasti dan mengemukakan isu-isu asas pemuliharaan" seperti yang telah dikatakan oleh Dr. Payne. " Kami berharap dengan cara ini, kami boleh memainkan peranan sebagai pemangkin dalam membantu Negeri ini untuk memenuhi keperluan pembangunan dan Pemuliharaan".
Daripada Prespektif WWF Malaysia, projek ini merupakan kesinambungan daripada strategik Pemuliharaan yang telah diperkembangan untuk 9 buah negeri di Malaysia.
Penyediaan dan implementasi strategik ini banyak menyokong usaha-usaha pemuliharaan yang merangkumi seluruh negara, ini termasuklah peringkat negeri dan negara.
Spesis Kucing Liar dan Musang boleh menyumbang kepada keseimbangan ekologi system di negeri Sabah. Matlamat WWF Malaysia untuk meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan di Sabah dalam aspek pemuliharaan masih dijalankan, namun begitu usaha-usaha ini semakin bertambah dengan adanya aspek gabungan pengurusan dan sosio – ekonomi. Sebagai contohnya WWF telah menyalurkan bantuan kewangan untuk membina Kabin Penyelidikan khas bagi para-para penyelidik di Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin di sebelah Timur Sabah. Kawasan Simpanan ini diusahakan bersama dengan Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah, dimana mereka telah menyediakan plan pengurusan untuk kawasan simpanan ini dan menjadikan kawasan ini sebagai tapak penyelidikan untuk jangka panjang. Pembinaan Kabin tersebut sedikit sebanyak telah menyokong kepada usaha-usaha JHL dalam mempromosikan penyelidikan hidupan liar untuk jangka panjang dan pengurusan di Kawasan Tabin ini sebagai sebuah kawasan penting bagi tujuan pelindungan hutan dan pemuliharaan ekologi kepelbagaian di Sabah. Sebuah Projek yang telah dijalankan dari tahun 1993 sehingga 1996 pada kawasan dalam dan persekeliling hutan Simpanan ini adalah untuk menjalankan penyelidikan tentang ekologi spesis Musang dan Kucing Liar dan kepenerapanya (kepentingan) kepada pengurusan hutan.
"Binatang daratan jenis Karnivor di kawasan Borneo tidak begitu diketahui umum" kata Pegawai Saintifik Senior WWF Rajanathan Rajaratuam. "Spesis ini juga merupakan sebahagaian daripada biologi kepelbagaian alam semulajadi di Hutan Tropika dan selalunya mempunyai keperluan yang unik. Kekurangan informasi asas tentang ekologi dan habitat jenis spesis ini telah menghalang penghasilan polisi pengurusan yang lebih berkesan mengenai pemuliharaan dan habitat di kawasan tersebut.
"Pengertian tentang struktur dan dinamik spesis Kanivor ini didalam hutan amat perlu bagi pengurusan / penjagaan kawasan simpanan ini. Kajian ini juga dibuat untuk menyelidiki pengaruh pengunaan tanah seperti aktiviti pembalakan dan pertanian yang dijalankan serentak, terhadap ekologi spesis ini dan menilai kesan atau pengaruh daripada modifikasi habitat.
Terdapat beberapa jenis spesis Kanivor Hutan Tropika yang mempunyai kesamaan dengan spesis kucing liar yang berpotensi untuk menyebarkan benih-benih dikawasan ini. Justeru itu spesis-spesis seperti ini memainkan peranan yang penting dalam membantu pertumbuhan semula hutan selepas daripada sebarang gangguan. Kajian ini memperolehi bukti bahawa kawasan hutan ini menjadi tempat pelindungan dan pembiakan bagi pelbagai jenis haiwan pemangsa yang memakan spesis tikus perosak di kawasan penanaman kelapa sawit
Hasil daripada kajian tersebut telah mencabar dakwaan ide traditional yang mengatakan kawasan hutan merupakan sarang bagi haiwan-haiwan perosak dikawasan penanaman yang berdekatan. Projek ini juga telah memberi latihan kepada kakitangan JHR dan pelatih-pelatih Pegawai Saintifik WWF (Sabah) dalam menjalankan penyelidikan hidupan liar dan teknik-teknik pengurusan" tambah En. Rajan. En. Lim Shek Ping , salah seorang pelatih Pegawai Saintifik yang pada awalnya diambil bekerja di kawasan Perlindungan Tabin bagi menjalankan penyelidikan hidupan liar di kawasan tersebut, tetapi kemudiannya telah dihantar menjalankan kajian hidupan liar di Sungai Bakay di Semenanjung Klias, di kawasan Barat Sabah. Beliau juga menjalankan kajian mengenai diet kumpulan Orang Utan dikawasan Kinbatangan
Kursus Pendidikan dan saintifik
WWF Malaysia memandang pendidikan sebagai kunci kepada asas pemuliharaan jangka panjang. WWF Malaysia telah membantu Yayasan Sabah untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan penubuhan Skim Kelab Alam Semulajadi di sekolah-sekolah. Skim ini kemudiannya dilancarkan pada tahun 1988, kelab ini merupakan organisasi bukan kerajaan yang terbesar sekali di Malaysia dengan keahlian seramai 28,000 ahli dan terdapat 70 buah kelab yang aktif di sekolah-sekolah. Pada pencapaian awal, ianya telah berjaya memfokuskan kepentingan pendidikan dalam pemuliharaan, satu lagi projek yang giat dijalankan sekarang ialah Projek Pendidikan Alam Pesekitaraan. Pada masa ini WWF Malaysia bertindak sebagai pakar perunding kepada Jabatan Hidupan Liar di Sabah bagi menyusun Plan Pembangunan dan Pengurusan untuk Kawasan Perlindungan Burung, Bandar K.K.(KK City Bird Sanctuary/ KKCB) (24ha) dan Lagun Likas (Likas Lagoon) (26 ha).Matlamat utama projek ini adalah untuk melindungi dua habitat ini daripada kesan pembangunan bandar selanjutnya dan untuk mempromosikan kesedaran awam tentang kepentingan tanah paya dengan mewujudkan sebuah kawasan perlindungan contoh Bandar tanah Paya yang sistematik (kawasan ini terletak lebih kurang 4km daripada bandar KK). Adalah menjadi harapan untuk memberi perlindungan yang sama kepada tanah-tanah paya yang mempunyai habitat yang peka kepada perubahan di Sabah seperti pada kawasan Dataran Banjir di Kinabatangan.
Daripada kajian yang baru dijalankan, 80 jenis spesis burung telah dihantar ke kawasan perlindungan burung di "KK City Bird Sanctuary" dan "Likas Lagoon." Kawasan Paya bakau ini menyediakan kawasan pembiakan utama bagi burung-burun Pucung Malam, ianya juga dapat menampung hidupan akua yang berbeza-beza. Alam persekitaran lagun menyediakan sumber dan tempat perlindungan yang sesuai bagi pelbagai spesis burung. Ada jenis spesis-spesis burung yang boleh didapati dalam kumpulan yang besar, seperti "moorhens", namun begitu terdapt juga jenis spesis yang jarang-jarang dijumpai seperti Burung Puyung Unggu dan sekali-sekala kawasan ini dilawati oleh kumpulan itik –itik yang berhijrah.
Fokus utama KKCB adalah pembinaan Pusat Pendidikan Alam Sekitar yang akan dihubungkan dengan litar titian dan kawasan terlindung bagi pengkaji burung. Daripada titian yang dibina itu para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat keunikan habitat paya dan hidupan liarnya.
Proses pemuliharaan pada tumbuh-tumbuhan dikedua-dua kawasan ini akan dijalankan dan akan memastikan kawasan ini akan kembali seperti sebelum ianya mengalami perubahan kesan daripada aktiviti perkampungan setinggan.
Apabila Pusat Pendidikan Alam Persekitaran ini berjaya ditubuhkan, pihak KKCB disarankan untuk memulakan pendidikan, pelancongan dan program penyelidikan sebagai antara kemudahan yang disediakan. Program-program ini juga akan diperkembangkan dan diperbaiki /baikpulih oleh kakitangan di kawasan Perlindungan dari semasa ke semasa.

Projek Ekologi Kepelbagaian Pemuliharaan Sabah ini dijalankan untuk membantu pemuliharaan tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang dan habitatnya dalam tindakbalasnya terhadap perubahan pesat dalam penggunaan tanah di Sabah.WWF menyediakan bantuan teknikal kepada pihak yang berkuasa dalam mengenalpasti kawasan lindungan yang berpotensi. WWF pada masa ini juga membantu dalam aktiviti lain seperti kajian botani, pendidikan alam sekitar terutama sekali dikawasan bawah Kinabatangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan